Tuesday, 26 May 2020

PhD and COVID-19 in Malaysia + PhD Progress Update

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) start 18 Mac haritu, banyak tempat yang kena tutup dan tak dibenarkan operasi. Termasuk la universiti. Jadi dah lebih dua bulan students macam kitorang ni terpaksa work from home / study from home. Banyak kerja research yang tertangguh. Contohnya macam aku, sebab ni first semester, mostly kelas / urusan financial support yang kena postpone la.


1) Scholarship application. 

Alhamdulillah aku dapat Graduate Research Assistant (GRA) dari UPM. Mula-mula dah risau la sebab betul-betul baru dapat surat tawaran sehari sebelum PKP start. Jadi, memang tak sempat lah nak beli setem hasil, dapat sign SV bagai. Tak hantar pun balik surat jawab tawaran.

Nasib baik, staff GRA UPM memang efficient, dia suruh je hantar email reply accept atau tak. Dan, gaji pun berjalan macam biasa, walaupun tak dapat lagi surat tawaran. Syukur.


2) Kelas. 

Semester ni aku just ambik 1 kelas: Research Method & Biostatistics. Lepas tu sepatutnya ada proposal defense seminar hujung sem. Start bulan 5 baru ada online class via Zoom. Nasib baik, semua slides, assignments lecturer dah upload dekat UPM PutraBLAST. Sesiapa yang tertinggal kelas Zoom, Dr. pun ada upload lecture dekat Youtube. So convenient dan Alhamdulillah dipermudahkan jugak.


3) Research grant.

Kalau diikutkan, research grant aku patutnya habis Jun 2021. Kalau tak siap study by then, menjawab laa kat KPT. Sebab actually SV aku dah lama dapat geran ni, dari 2018 lagi, cuma aku baru je register tahun ni. Patutnya koman-koman dah kena collect data tahun ni. Tapi nak buat camne, sebab ada COVID-19 ni, SV aku pun dah bagitau awal-awal ada huge possibility Klinik Kesihatan mesti takkan bagi collect data situ tahun ni. Yelah, KK kan tempat buat saringan COVID-19. Dan masa aku pergi sana untuk appointment bulan ni pun, memang tak banyak patients yang datang. Hu huu. 

Cuma yang lega sikit bila KPT dah automatically delay ke September 2021. Harap-harap awal tahun depan dah boleh bergerak lah collect data.


Jadi, untuk sem ni aku tak target banyak pun. Progress update aku setakat ni:


1) Dapat kelulusan etika penyelidikan (obtain ethical approval) dari MREC (Kementerian Kesihatan Malaysia), UPM, dan UiTM. 

Alhamdulillah ada jugak hikmah PKP sebab semua kelulusan ni aku dapat masa tempoh PKP. Maybe reviewers pun tak larat nak review application banyak kali kot..hihi. Nanti aku akan tulis pasal pengalaman aku apply ethics ye. 



2) Lulus kelas Research Method. Test 1 next week. Gulp.



3) Lulus proposal defense. Ni tak tahu bila, tunggu je announcement dari fakulti. 


4) Tulis thesis sikit-sikit. Masa PKP ni sempat la buat first draft untuk Chapter 1 dan Chapter 3. Of course bakal kena buat correction berkali-kali, kena buat banyak draft. Masa Master's pun rasanya buat whole thesis sampai 6 draft tak silap. Haha. At least, lega sikit bila dah start tulis thesis.


5) Tulis paper. 
Alhamdulillah sebelum PKP, dah berjaya publish 1 paper as co-author (walaupun nama no. 8 hahaha). 1 lagi paper (co-author) pun berjaya accepted masa PKP ni. Dah submit jugak 1 book chapter (co-author) dan 1 protocol paper (first author). 

Ikut kan KPI SV aku, by the end of PKP kena submit 2 lagi paper (first author & co-author).  Kiranya masa PKP sempat lah work on 5 papers in total. Tak sangka jugak sambil-sambil bergelut dengan anak, work from home 24 jam, ada jugak hasilnya. Nanti aku tulis pengalaman tulis and submit article jugak ye. Banyak betul idea nak tulis apa kat blog ni. Tinggal rajin ke tak je. Lol 



Kiranya I am not in a bad situation during PKP. Ada hikmahnya aku tak start pun data collection lagi. Other students have it worse, in fact. Boleh baca di sini:  COVID-19, MCO put PhD students in a dilemma


Yang paling kesian, postgrad students yang in the middle of data collection, yang tengah run sample dekat lab. Yang kena start all over again bila PKP dah habis. Contohnya yang buat randomized clinical trial, diorang ada timeline sendiri berapa kerap nak jumpa respondents. Jugak yang takde financial support masa PKP ni. Satu pengalaman baru jugak untuk yang terpaksa buat Viva secara online. Tak boleh bayangkan camne. 


Semoga dipermudahkan urusan semua pelajar-pelajar universiti sepanjang PKP ni. Dan selepas PKP ni jugak. Sebab vaksin pun masih in development. Makan masa bertahun-tahun nak conduct clinical trials, nak buktikan safety and efficacy (selamat dan berkesan). So, we have to live with COVID-19 for a very long time. Can we just say goodbye to 2020 already? Sob sob 


Till then
-f.y. 




No comments:

Post a Comment